Kami mendapat video dari perkongsian seorang sahabat berkenaan saudara OKU kita yang menghadapi kesulitan untuk berjalan ke tempat kerja dan pulang ke rumah kerana laluan kemudahan penjalan kaki untuk OKU telah digunakan untuk meletakkan kenderaan jenis motorsikal, kadang kala kereta dan orang memacakkan khemah meniaga juga turut berlaku.
Keadaan ini menyukarkan beliau untuk bergerak dan boleh menyebabkan kemalangan ataupun kecederaan kepada mereka. Tindakan anda yang tak bertanggungjawap ini telah menyukarkan urusan mereka dan secara tak langsung anda telah menzalimi saudara kita ini. Demi Allah sikap ini akan dipersoalkan dan jangan harap anda bakal terlepas daripada ditanya nanti di akhirat kelak.


Oleh itu kami menyeru kepada anda untuk kongsikan perkara ini agar ia mendapat perhatian masyarakat untuk berubah dan khususnya pihak berkuasa. Gunakan kekuatan media agar suara saudara OKU kita ini didengari!
Sumber video dan gambar dari FB saudara Firdaus Hairi.
[fbvideo link=”https://www.facebook.com/green.project.my/videos/1519172804784620/” width=”1060″ height=”” onlyvideo=”1″]