KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) menyatakan akan menggunakan dengan sebaiknya peruntukan besar disediakan untuk mereka di bawah Belanjawan 2013 yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Selangor dan Wilayah Persekutuan Damai, V.Murugeswaran berkata pihaknya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mewujudkan taska untuk OKU – sesuatu yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan.
“Dengan perkembangan terbaru ini, sekolah-sekolah berkenaan akan mesra OKU dengan segala kemudahan sewajarnya berbanding situasi sekarang di mana tidak banyak sekolah dilengkapi kemudahan berkenaan,” kata beliau.
Murugeswaran mengulas mengenai Taska OKU untuk enam kategori orang kelainan upaya – down sindrom, autisme, buta, pekak, cacat anggota dan kurang daya belajar.
Sementara itu, Presiden Orthopaedically Handicapped Lim Khoon Chuan berkata peruntukan itu perlu ditumpukan kepada terapi untuk OKU.
Perdana Menteri mengumumkan Program Kebajikan 1Malaysia (KAR1SMA) di bawah Kementrian Pembangunana Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntuk RM1.2 bilion mengandungi program bantuan bagi warga emas, kanak-kanak dan pekerja kelainan upaya serta untuk penyakit kroni