KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Perkhidmatan bas Metro diminta menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), kata Presiden Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia (DAMAI), V. Murugeswaran.
Beliau berkata sejak syarikat bas itu mengambil alih beberapa laluan daripada syarikat bas RapidKL di ibu kota, golongan OKU kini terpaksa mencari alternatif lain.
“Misalnya di kawasan Taman Puchong Prima terdapat 50 OKU dan mereka terpaksa meminta ihsan jiran-jiran untuk menumpang kenderaan mereka atau mengambil teksi apabila mahu ke klinik atau hospital dan sebagainya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini…..
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1231572