Manifesto BN bukti kerajaan komited bantu golongan muda, rakyat dapatkan kerja
TAHUN lalu Kementerian Pendidikan Tinggi mendedahkan seramai 54,103 siswazah universiti menganggur dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian.
Jumlah itu adalah berdasarkan kepada Sistem Kajian Pengesanan Graduan yang menyaksikan 238,187 siswazah menamatkan pengajian pada tahun 2016.
Perkara itu membimbangkan hati bakal-bakal graduan kerana mereka perlu bersaing dalam pasaran kerja dengan ratusan ribu graduan lain yang sama-sama mencari peluang pekerjaan.
Bagaimanapun, aku janji Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 April lalu memberi sinar kepada mereka apabila tiga juta peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan.
Persaingan dalam mencari kerja akan dapat dikurangkan dengan langkah kerajaan mewujudkan tiga juta peluang pekerjaan.
http://www.kosmo.com.my/negara/manfaatkan-tiga-juta-pekerjaan-1.652522