MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ORANG KURANG UPAYA KEBANGSAAN TAHUN 2024

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ORANG KURANG UPAYA KEBANGSAAN TAHUN 2024

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan Tahun ini pada 3 Disember 2024 (Selasa) bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Antara objektif penganjuran Sambutan Hari Orang Kurang Upaya adalah meningkatkan advokasi masyarakat terhadap komuniti OKU dalam melaksanakan segala aktiviti dengan penglibatan OKU pelbagai peringkat, di samping ianya sebagai penghormatan dan pengiktirafan Kerajaan kepada komuniti OKU.