Majlis Pelancaran Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030

Dalam video ini, saya telah menyampaikan visi Kementerian Pengangkutan sempena Majlis Pelancaran Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dr. Mahathir bin Mohamad pada 17 Okt 2019, hari Khamis yang lalu.

Sektor pengangkutan merupakan pemangkin utama bagi pertumbuhan sosioekonomi negara ini. Visi DPN 2019-2030 ini berpaksikan kepada prinsip pengangkutan yang mampan, ia terdiri daripada lima teras dasar dan 23 strategi-strategi khusus yang mengambil kira trend masa depan sektor pengangkutan supaya ia dapat mencapai objektif-objektif utama seperti berikut:

1. Mencipta ekosistem yang kondusif bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing industri pengangkutan;
2. Membantu melancarkan pergerakan barangan untuk meningkatkan aktiviti perdagangan dan memudahkan pengendalian perniagaan;
3. Menyediakan mobiliti yang memenuhi permintaan rakyat dan bersifat inklusif;
4. Meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam;
5. Menyediakan sistem pengangkutan yang pintar dan selamat;
6. Memastikan bahawa sektor pengangkutan menggunakan sumber secara mampan dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Sila klik untuk mendengar ulasan penuh saya yang bermula dari 2min20saat video ini. Anda juga boleh layari http://dpn.mot.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

DPN 2019-2030 ini akan menjadi satu petunjuk yang amat penting untuk Kementerian Pengangkutan serta kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang lain untuk mengintegrasikan dasar-dasar kita dan memastikan hala tuju kita adalah seiring dengan visi pengangkutan negara kita ini untuk 10 tahun yang akan datang.