Kursus “Cara Membantu OKU / Keperluan Khas” adalah satu program yang direka khas untuk pekerja menghadapi pelanggan yang memerlukan keperluan khas. Ini termasuklah pengguna kerusi roda, warga emas, cabaran anggota badan, dan penglihatan. Masalah biasa yang selalu dihadapi oleh pekerja apabila berhadapan dengan pelanggan OKU adalah mereka berasa kekok, tidak yakin, tidak tahu teknik bantuan yang diperlukan, dan komunikasi yang efektif. Program ini memberi pemahaman tentang isu-isu tersebut dan praktis teknik-teknik yang betul. Di samping itu, penyampai atau jurulatih program ini adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berkelayakan.
Melalui latihan ini para peserta akan pertama sekali mempelajari seseorang OKU adalah manusia biasa sama seperti orang lain yang cuma mempunyai kelainan atau perbezaan upaya.
Di Damai kami menawarkan pelbagai latihan/kursus yang direka khas berdasarkan permintaan pasaran semasa.