21 May 2025 – Terminal Meru Raya telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi meninjau secara langsung kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan di terminal ini. Demonstrasi fasiliti seperti laluan khas, tandas OKU, serta peranan marshal terminal telah dijalankan. Lawatan turut melibatkan demonstrasi dalam bas henti-henti Bas.My Ipoh.
Inisiatif ini adalah selari dengan komitmen Terminal Meru Raya dalam menjadikan persekitaran pengangkutan awam yang inklusif, selamat dan mesra pengguna.
#SUHAKAM #HakAsasiManusiaMalaysia #TerminalMeruRaya #PerakTransitBerhad






Previous
Next